FA'TABIRUU YA ULIL ALBAAB

BismillahhiRahmanirRahim


FASIIRUU FILARDHI FANZHURUU KAIFA KANA A'QIBATUL MUKAZZIBIN Bermaksud : Kamu berjalanlah di muka bumi ini dan lihatlah dengan matamu bagaimana akibat balasan mereka yang mendustakan kalam Allah .

Dan dalam firman lainnya : FA'TABIRUU YA ULIL ALBAAB ( Maka ambillah iktibar wahai orang-orang yang berfikir )

Dua ayat di atas lebih daripada sekali diulang di dalam Al Quran , untuk menunjukkkan betapa penting kita selaku manusia ini menggunakan anugerah Tuhan untuk melihat , berfikir dan kemudian mengambil iktibar berdasarkan kesimpulan yang terhasil selepas proses menganalisa maklumat yang diperolehi oleh kedua pancaindera utama insan ini . Dan barulah dijadikan benteng keimanan kepada diri kita dari melakukan kesilapan dan kesalahan yang sama yang pernah dilakukan oleh kaum-kaum ummat terdahulu .


Kerna itulah kita di sunnahkan bermusafir dan berhijrah secara Jasadi ( fizikal ) maupun A'qli ( mentaliti ) . Bermusafir secara maya adalah suatu proses Safar A'qli ,..

Program kembara ini diteruskan perkongsian kuliah oleh ustaz Wan Ilyas bersama anak2 Pulau Chrismas Island dengan penuh tekun anak2 pulau Chrismas Island mendengar kuliah yang diberikan oleh Ustz Wan Ilyas..MashaAllah..Berkongsi ilmu tidak akan menjejaskan sedikit pun ilmu yang ada, juga satu sen pun tidak akan berkurangan dari poket kita, malah perkongsian ilmu yang bermanfaat itulah akan menjadi bekal kita di alam barzakh kelak.




Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “ Sesiapa yg ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat. (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)


Semangat dan istiqamah Penduduk Chrismas Island di Australia yang akhirnya dengan sifatNya yang Rahman mengangkat insan itu ke suatu tempat yang tidak terjangkakannya.Memberi ilham kepada insan-insan yang lain untuk turut sama mencontohi.Husnu dzan dengan Ilahi adalah sebuah pengharapan yang tertinggi.Moga kita sentiasa dalam pemerhatian dan pengawasanNya.Mengharapkan Keredhoan Abadi Ilahi Rabbi.




Mungkin inilah sifat yang dicontohi penduduk Pulau Chrismas ini.Tidak pernah mengenal erti mengalah.Tetap terus ingin mencuba.Menuntut dan mencari ilmu.Dan umur bukan persoalannya.Perasaan malu diletakkan pada angka terakhir senarai keperluan kehidupan.Menuntut ilmu lebih diutamakan.Syukur pada Ilahi kerana masih membuka hati-hati mereka ini dan........ meminjamkan secebis semangat Sibawaih......


Sama-sama kita renungkan dan apakah mungkin akan kembali lahir ’Sibawaih’ zaman kini........Salam Permisi.


Comments

Popular posts from this blog

Jemputn Iftar bersama dengan komuniti sekolah di (Langford Islamic College)...

Salam Rindu ku Kasih...