Hidup ini adalah Ujian..

BismillahhiRahmanirRahim

Ujian buat menguji ketaqwaan hamba bergelar insan, ujian para hambaNya yang jika mereka mensyukuri nikmat Tuhannya nescaya akan ditambah dan digandakan lagi kenikmatan itu .Tapi awas! Sesungguhnya azab Tuhanmu amat pedih buat yang mengkufurinya . Itu ancaman tegas dariNya yang Esa . Kita yang menentukan arah kita , samada belayar ke kanan atau ke kiri membawa haluan diri . Jangan kau sesali kelak arah dan jalan yang kau pilih untuk di lalui.........
kerana hakikat kehidupan ini adalah ujian semata.............
buat kita semua..


WAMA KHALAQTULJINNA WALINSA ILLA LIYA’BUDUNI ( SURAH AD-DZARIYAT )

Bermaksud : TIDAKLAH AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN BERTUJUAN UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA AKU ( ALLAH YANG ESA )


Semasa kembara di Chrismas Island, sempat kami memulakan Sesi Rawatan Islam dari Team ThibbNa cabang kepada Al-Islah dalam menangani gangguan makhluk dari Alam lain dan memagar diri serta menghadiri gangguan- gangguan yang halus yang diketuai oleh perawat iaitu Ustaz Wan Ilyas.

WALANABLUWANNAKUM BISYAIIN MINAL KHAUFI WAL JU’I WANAQSIN MINAL AMWALI WAL ANFUSI WATSSAMARAT WABASSYIRISSABIRIN ALLAZINA IZI ASOBATHUM MUSIBATUN QALU INNALILAHIWAINNAILAIHIRAJIUN ULAIKA ALAIHIM SALAWATUM MIRABBIHIM WA ULAIKAHUMUL MUHTADUN ( AL BAQARAH )


Bermaksud : Dan Kami pasti menguji kamu wahai manusia dengan sesuatu berupa ketakutan dan kelaparan dan kekurangan harta benda dan kehilangan jiwa dan ketidak suburan tanam-tanaman 

Dan khabarkanlah berita gembira buat orang-orang yang bilamana diuji dengan ujian sedemikian lalu mereka mengucapakan 'INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN' 
Mereka itu pasti mendapat selawat dari Tuhan mereka dan mendapat rahmat


sesi rawatan Islam oleh Ustaz Wan ILyas


Sesi Rukyah kepada pesakit



 Rawatan Islam kepada pesakit yang terkena gangguan





Ternyata hidup kita ini penuh dengan ujian-ujiannya dan mehnahnya, tapi hanya ujian semata . Ujian yang hakiki bakal menanti di Sana . Usah gentar berdepan segala ujian duniawi , kerna Tuhanmu telah berjanji buat yang tabah dan sabar, selawat dan rahmat buat mereka ini . Kenapa perlu digusari seandainya jaminan Allah bersamamu wahai teman yang beriman .

Semoga selamat di dunia dan yang paling penting di Akhirat sana . 

Ujian yang sebenarnya..........

 Maan najah fil imtihani


Comments

Popular posts from this blog

FA'TABIRUU YA ULIL ALBAAB

Jemputn Iftar bersama dengan komuniti sekolah di (Langford Islamic College)...

Salam Rindu ku Kasih...