Kembara Ruqyah Ramadhan Di Bumi AUSTRALIA

BismillahhiRahmanirRahim

Assalammualaikum..

Salam kemaafan, kerana lewat meng'update' khabar dari Bumi Australia atas beberapa masyaqqah di malaysia dan beberapa urusan keluarga yang perlu ditunaikan . Alhamdulilllah Program kembara Ruqyah di bumi Australia (Chrismas Island- Cocos Island -Perth) yang dijalankan pada 20 Mei 2017- 19 Jun 2017 dianjurkan oleh Persada Islah bersama Thibbna( Thibbun Nabawi), meneruskan misi penyebaran dakwah ke Pulau Chrismas Island di Australia. Misi kali ini diwakili oleh Pengerusi Persada Al-Islah , Ustaz Saiful Islam bersama wakil Thibbna( Thibbun Nabawi)   Ustaz Wan Ilyas.  “KEMBARA RUKYAH RAMADHAN’’ ini dirancang bagi membina satu jaringan ukhuwah dan mengukuhkan lagi kerjasama di melayu-islam Australia untuk memudahkan pergerakan program-program di Australia kelak.  Memperkenalkan konsep perubatan Islam dan juga terawih ramadhan adalah untuk menyebarkan dakwah islam mengikut era globalisasi.  Tujuan kembara adalah untuk bertukar ilmu pengetahuan dan juga mengajar diri mengenai mediun dakwah yang pelbagai didalam kehidupan masyarakat yang berbeza permikiran dan budaya.


:) Doakan perjalanan kami dipermudahkan oleh Allah...semoge kembara ini membawa satu pengalaman hebat bermusafir di negara orang...

ALLAHURABBI...

Firman Allah S.W.T :  

UDU'U ILA SABILIRABBIKA BIL HIKMATI WALMAUI'ZATIL HASANATI ( ILA AAKHIRIL AYAH ) 

Bermaksud : Serulah ke Jalan Tuhanmu dengan ber'hikmah' dan dengan nasihat yang baik .....


Sama-sama kita ambil istifadah dan istinbat dari ayat tersebut untuk kita realisasikan di alam waqi' ( nyata ) dan moga bertambah iman dan amal . Dan ianya semakin subur buat bekalan di Hari Sana .

Sama-sama kita sebarkan Kalam Allah di muka bumi ini selaku ' Rahmatan Lil Alamin' . Moga Islam kembali menjulang tinggi . Kerana Janji Tuhan Mu , 'pasti' suatu masa nanti .









Comments

Popular posts from this blog

FA'TABIRUU YA ULIL ALBAAB

Jemputn Iftar bersama dengan komuniti sekolah di (Langford Islamic College)...

Salam Rindu ku Kasih...