Lawatan kembara ke National Park Of Christmas Island
BismillahhiRahmanirRahim
Lawatan Kembara kami diteruskan dengan kembara ke National Park Of Chrismas Island yang diketuai oleh Ustaz Saiful Islam dan ditemani Ustaz Wan Ilyas. Sesungguhnya kembara ini memberikan seribu rahmat kepada kami.
Sampai kami di sini , kami diiringi oleh Anak Pulau yang digelar Islanders yang paling tua di Chrismas Island iaitu Haji Padal. Beliau membawa kami melihat pemandangan serta suasana kampung Melayu di sekitar Pantai Pulau Chrismas. Beliau merupakan Anak Pulau yang paling tua di sini, merupakan anak kelahiran Pulau ini. Beliau mempunyai banyak Ilmu Amal dan sangat berpengalaman, seorang yang peramah dan rajin membantu masjid- masjid, bergotong royong di masjid. Alhamdulilah beliau merupakan anak jati kebanggaan Pulau Chrismas dan juga dikenali sebagai pendekar kerana rajin mengajar ilmu silat kepada anak- anak pulau Chrismas ini.
Bagaikan semalam angin bayu laut di Pulau Chrismas menyapa tenang.mengetuk perlahan tingkap memori sambil menyingkap juntaian jendela kenangan di dalam benak fikiran ini .
AKu terkesima.
Hanya mampu ku panjatkan jutaan kesyukuran yang tiada penghujungnya buat yang Maha Esa. Memberikan peluang kepada hamba Mu ini , mengecap nikmat yang sementara , sebagai tamsilan buat nikmat yang sebenarnya , yang pasti lebih dan tidak terhingga . Menanti buat mereka yang yakin dan percaya . Kata Mu pasti terkota , di Syurga sana..
SALAM CINTA BUAT KALIAN...

Terdiam seketika.
Tanpa sepatah kata.
Semuanya bagaikan syurga dunia yang ku ibaratkan buat menggambarkan segala keindahan yang tersedia , kenangan manis yang tercipta , ukhuwwah yang terjalin mesra, melahirkan setulus sifat keagungan seorang hamba buat Maha Pencipta.
Hanya mampu ku panjatkan jutaan kesyukuran yang tiada penghujungnya buat yang Maha Esa. Memberikan peluang kepada hamba Mu ini , mengecap nikmat yang sementara , sebagai tamsilan buat nikmat yang sebenarnya , yang pasti lebih dan tidak terhingga . Menanti buat mereka yang yakin dan percaya . Kata Mu pasti terkota , di Syurga sana..
SALAM CINTA BUAT KALIAN...
Pemandangan yg indah dari Bukit di Pulau Chrismas.. MASHAALLAH
kami diiringi oleh Anak Pulau yang digelar Islanders yang paling tua di Chrismas Island iaitu Haji Padal. Seorang yg sangat Rajin menolong kami sepanjang jelajah kami.. MashaaAllah..
Comments
Post a Comment