Pelapis pejuang dan pembawa Agama di Pulau kecil Australia

BismillahhiRahmanirRahim..

Terasa tautan ukhuwwah yang pada awalnya masih tersimpul rapi kemudian perlahan-lahan terurai lalu terjalinlah ikatan ukhuwwah islamiyyah di antara penduduk di Pulau Kecil ini. Moga menjadi suatu muqaddimah yang barakah buat perjalanan kami  yang masih panjang ... 

Pada Pagi itu, telah diadakan Majlis tamat Mengaji sebelum tibanya Ramadhan Al Mubarak penduduk kampung bersama Islanders boys n girls di bawah Ustazah Uji..... Allahulmustaaan...Bakal pelapis pejuang n pembawa Agama di Pulau kecil Australia ini...
Alhamdulillah...Majlis berjalan dengan begitu lancar, terpancar kebahagian muka anak2 kecil pada pagi yg penuh barokah itu. Sesi bergotong royong telah diadakan bagi memastikan majlis berjalan lancar...
Muka anak2 melayu yg sedang bergembira .. ALLAH 

YA AYYUHAN NASU INNA KHALAQNAKUM MIN ZAKARINW WAUNTSA WAJAA'ALNAKUM SYUU'BANW WAQABAILA LI TAA'RAFUU , INNAAKRAMAKUM I'NDALLAHI ATQAKUM , INNALLAHA A'LIMUN KHABIR . ( Al- Hujuraat ayat 13 )

Bermaksud : Wahai seluruh ummat manusia , sesungguhnya kami ( Allah ) telah menciptakan kamu manusia dari kalangan kaum lelaki dan wanita dan kami jadikan kamu dari pelbagai bangsa dan pelbagai suku puak supaya kamu saling kenal mengenal .Sesungguhnya yang paling mulai di kalangan kamu adalah orang yang lebih taqwanya dikalangan kamu . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendalam Pengetahuannya tentang kamu .


Semoga kita dapat mengambil istifadah dari muamalat kita untuk lebih menambahkan ketaqwaan dan keimanan buat yang Haq . Akhir kalam , semoga Islam kembali bersinar membangun selaras ketamadunan dunia . Ameen . Selaku muslim KITALAH , yang harus merealitikannya . Salam Ukhuwwah .









Comments

Popular posts from this blog

FA'TABIRUU YA ULIL ALBAAB

Jemputn Iftar bersama dengan komuniti sekolah di (Langford Islamic College)...

Salam Rindu ku Kasih...