Suatu Muqaddimah yang Barakah
BismillahhiRahmanirRahim
FA'TABIRUU YA ULIL ALBAAB ( Maka ambillah iktibar wahai orang-orang yang berfikir )
Sesi Pembelanjaran Kelas Muallaf oleh Ustaz Nur Yassin dari Indonesia.
"Ya tuhan kami, jangan engkau cabut dari hati-hati kami, hidayah petunjuk yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Penganugerah..."
kebenaran itu datangnya dari Allah s.w.t....
InsyaAllah, bertemu lagi...
FA'TABIRUU YA ULIL ALBAAB ( Maka ambillah iktibar wahai orang-orang yang berfikir )
Ayat di atas lebih daripada sekali diulang di dalam Al Quran, untuk menunjukkkan betapa penting kita selaku manusia ini menggunakan anugerah Tuhan untuk melihat, berfikir dan kemudian mengambil iktibar berdasarkan kesimpulan yang terhasil selepas proses menganalisa maklumat yang diperolehi oleh kedua pancaindera utama insan ini . Dan barulah dijadikan benteng keimanan kepada diri kita dari melakukan kesilapan dan kesalahan yang sama yang pernah dilakukan oleh kaum-kaum ummat terdahulu.
kembara kami diteruskan dengan jelajah kelas khas untuk Muallaf seorang Australia Muslim dan seorang Chinese Muslim bersama Ustaz Nur Yassin dari Indonesia sebagai Imam Jemputan dari Islamic Council of Christmas Island. Pengalaman ini memberikan peluang kepada hamba Mu ini, mengecap nikmat yang sementara, sebagai tamsilan buat nikmat yang sebenarnya, yang pasti lebih dan tidak terhingga menanti buat mereka yang yakin dan percaya.. kata Mu pasti terkota di Syurga sana.
BIARKAN FOTO-FOTO BISU INI BERBICARA ,
MENGGANTIKAN LISAN BERSUARA ,
MENCERITAKAN SEGALA PERISTIWA ,
KERANA MEREKA LEBIH IKHLAS MENGGAMBARKANNYA . . . .
Di Airport Island ..Menjemput tetamu dari luar dan menghantar Tuan Rumah yang ingin keluar dari pulau..
Breakfast sehari sebelum puasa dengan citizen Australia berbangsa Melayu Islam.
Keindahan panorama dan kecantikan Alam ciptaan Allah di Christmas Island Australia.
Lautan membiru di Chrismas Island memukau diri kami
bersama Ustaz Wan Ilyas meneroka panorama Alam ciptaan Allah di Chrismas Island
Serulah ke Jalan Tuhanmu dengan ber'hikmah' dan dengan nasihat yang baik
"ketika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhu'lah..
ketika tangan letih menggapai cita2, maka bertakbirlah..
ketika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah..
Ikhlaskan semuanya & dekatlah padaNya..
agar tunduk disaat yang lain angkuh..
agar tunduk disaat yang lain runtuh..
agar tegar disaat yang lain terlempar..
semoga rabitah ini terus teguh..
dan ukhwah berterusan hingga ke jannah.."
Di kesyahduan malam yang sunyi ini, bila unggas- unggas mulai berzikir memuji kebesaranNYA, sedang manik- manik jernih deras mengalir menuruni pipi, jangan lupe untuk memanjatkan doa...
"Ya tuhan kami, jangan engkau cabut dari hati-hati kami, hidayah petunjuk yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Penganugerah..."
kebenaran itu datangnya dari Allah s.w.t....
InsyaAllah, bertemu lagi...
Sama-sama kita sebarkan Kalam Allah di muka bumi ini selaku ' Rahmatan Lil Alamin' . Moga Islam kembali menjulang tinggi . Kerana Janji Tuhan Mu , 'pasti' suatu masa nanti.
Comments
Post a Comment