Tautan Rindu Mahabbah kerana ALLAH
BismillahhiRahmanirRahim
Sepanjang kembara di Australia.. Pertama Kali ini, ana ingin bercakap tentang rehat.. Rehat bagi aktivis dakwah..Ingin membawakan satu parable tentang rehat; perjalanan panjang di Bumi Australia membuatkan diri ini tidak berputus asa walaupun keletihan, kerana tidak ade istilah letih bagi kami. Kami sentiasa bersemangat untuk menjelajahi di bumi Australia ini, Alhamdulilah ALLAH menemukan kami dengan sahabat yang baik. Setelah sampai kami singgah makan di Halal Cafe di mana yang mengusahakannya adelah org Melayu Islam Cik Zahrah sama suaminya..Kami singgah rehat untuk mengalas perut yang sedang lapar.
Tujuannya bukanlah kami tidak ingin meneruskan perjalanan, bahkan kerna ingin mengumpul kekuatan bagi diri, dan mengisi fuel banyak2 bagi diri kami. Juga, untuk check balik peta perjalanan; adakah kami benar2 mengikut peta perjalanan, atau telah tersasar dari arah tuju yang sebenar.Begitulah makna rehat bagi seorang aktivis dakwah. Ia bukan bermakna berhenti. Cuma, ia adalah satu tempoh untuk mengumpul tenaga dan fuel; untuk pecut dengan lebih laju ; )
Semoge dimurahkn rezeki mereka sentiasa...
Comments
Post a Comment