Posts

Showing posts from June, 2017

Majlis Khatam Quran Anjuran Telekom Malaysia~ Akademi Tahfiz Al- Islah...

Image
                             بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ  ALHAMDULILAH.. Sempena Ramadhan.. Quran mu di Khatamkan.. kalamMU di Tadabburkan.. RisalahMU di Sampaikan... Allahumustaan... Selesai Majlis Khatam Quran Anjuran Telekom Malaysia menjemput Akademi Tahfiz Al- Islah mengimarahakn.. ALHAMDULILAH...  Anak- anak Akademi Tahfiz Al-Islah... Anak-anak Tahfiz mendapat sagu hati... “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, dan kuatkanlah tahap kesabaranmu, perteguhkan ikatanmu dan bertaqwalah kepada allah, mudah-mudahan kamu beroleh kemenangan”. Ustaz Saiful bagi sedikit kata-kata mukadimah... Imam al-Bana pernah menyatakan : “  Oleh kerana itu, sejak dahulu hingga sekarang, generasi muda merupakan pilar kebangkitan, pemuda adalah rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah pengibar panjinya”. Islam melihat generasi muda sebagai ...

Sayonara... Australia....

Image
                           بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ  ALHAMDULILAH syukur selamat sampai di KLIA 1... menunggu bagasi... ALHAMDULILAH ..terima kasih semua kerana banyak memberi sokongan Bantuan serta doa kalian membuatkan kami gagah menghabiskan Misi Kembara Rukyah Ramadhan di Bumi Australia... Semoga ALLAH memberkati usaha kita semua.. Inshaa Allah.. Allahulmustaan.. Moga Ramadhan yang berbaki dpat kita cari malam sebaik- baik malam.. AlQadr.. Allahulmustaan... Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan tasyakkur wa tahmid pada Allah atas kurnian kita dipilih untuk menjadi ansarullah wa jindullah. Dakwah ini adalah projek Allah, tugas kita ialah memenangkan dakwah ini  hatta la takuuna fitnah wa yakunaddin kulluhu lillah . Target akhir dakwah kita adalah  nasrul fikroh  (memenangkan fikroh) dan  nasyrul hidayah  (menebarkan hidayah) sehingga tertegak agama ini meng...

D Unsung Heroes....kerana cinta, kita bersatu di jalanNYA..

Image
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ  Sepanjang kembara Kami.. Inilah watak- watak yang banyak membantu serta memudahkan urusan kami tanpa mereka sedar Dan orang lain tahu.... Kita namakan D Unsung heroes.... "Maka tidak seorang pun mengetahui apa yg disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" [32:17] Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Pemberi dan penerima... Dalam hidup ni senang je, kalau kita tak jadi  pemberi mesti kita jadi penerima.. Tapi pernahkah anda rasa terbeban bila setiap masa anda perlu menjadi seorang pemberi? Satu je soalan yg perlu  jawab.. Apakah perasaan kita apabila melihat orang lain gembira dengan pemberian  kita.. Pastinya jauh di sudut hati kita penuh dengan perasaan...

Jemputn Iftar bersama dengan komuniti sekolah di (Langford Islamic College)...

Image
                           بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ  ALHAMDULILAH SEGALA PUJI BAGI ALLAH..yang sentiasa memberikan rezeki yang melimpah ruah semasa kami disini... berada di sini merupakan satu nikmat yang amat berharga buat diri kami kerana sentiasa Allah permudahkan segala urusan kami di sini. ALHAMDULILAH  mendapat jemputn Iftar bersama dengan komuniti sekolah di Longfard (Langford Islamic College)... Dijemput oleh salah seorang tenaga pengajar yang kita kenali sebelum ini... Ustaz Salehan yang sudah lama bermastautin di Bumi Perth Australia.. MASHAA ALLAH... Bersama perwakilan dari AFC( Australia Federation Islamic Council) Datang bersama Ustaz Wan Ilyas yang ditemani Abang Rusyaidi dari Balga ke Langford sejauh 45 minit perjalanan.. Alhamdulilah syukur..  Suasana Iftar di Langford... ~Teringat kami kata- kata Imam Syafie~ "Pergilah brmus...

Lawatan Ke Australia Islamic College

Image
BismillahhiRahmanirRahim.. ALHAMDULILAH saat kami di sini, kami mengambil kesempatan berpeluang menziarahi AIC ( Australia Islamic College) terdapat 3 cawangan di West Australia.. ALHAMDULILAH Islam tetap subur di sini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan...Ini merupakan satu pengalaman berharga buat diri kami sepanjang musafir di jalan Allah ini...walaupun kami jauh dari negara kami Malaysia, tetapi kami rasa bahagia dan tenang, kerana ISLAM berkembang dengan pesat, selari dengan pendidikan Islamik di sini.  '' Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian''. ( Hadis Diriwayatkan oleh Bukhari)   Ustaz Saiful bergambar di hadapan Australian Islamic College..  Iklan kemasukan ke Australian Islamic College..   Ustaz Wan Ilyas bergambar di Australian Islamic College.. Memberikan peluang kepada hamba Mu ini, mengecap nikmat yang sementara, sebagai tamsilan ...

Padamu ku Bersujud

Image
BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM ALHAMDULILAH SEGALA PUJI BAGI ALLAH yang mmberikan kami kesempatan untuk Solat Jumaat di Masjid Ibrahim berdekatan Gosnells, Perth Australia..Nikmat yang terindah yang Allah berikan kepada kami.... mengingatkan kami kepada kekasih kita semua... Masyhurmu dalam tersembunyi , Hinggakan para malaikat mengagumi , Itulah RASULLULLAH SAW... Peristiwa Rasulullah SAW bangkit dan berusaha untuk pergi menunaikan solat berjemaah, namun kemudiannya pengsan berulang sebanyak tiga kali. Pada kali keempat, apabila Baginda menyedari bahawa diri amat tenat, Baginda mengarahkan Sayidina Abu Bakar untuk mengimamkan solat berjemaah.... Nukilan peristiwa ini amat meruntun hati para pencinta Rasulullah SAW. Ketabahan dan kesungguhan Nabi untuk bangkit menyempurnakan misi solat berjemaah amat dikagumi. Bayangkan ketika sedang berjuang melawan kesakitan, rasa lemah, sedar dan pengsan silih berganti, Baginda tetap berusaha menjadi seperti orang sihat unt...

Hebatnya kasih-Mu Besarnya nikmat-Mu

Image
BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM '' Iaitu orang- orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan ketika berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ''Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. mahasuci Engkau, peliharalah kami dari siksa neraka.'' Surah Al-Imran: ayat 191. ' '  Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang, namun orang- orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.''  Surah Al-Anam : Ayat 1. '' Kepunyaan Allah segala yang ada di langi dan di bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang kaya, Yang Terpuji.'' Surah Luqman: Ayat 26 ALHAMDULILAH Selepas kami sampai, kami di bawa oleh Pak Saleha untuk melawat di ladang kambing antara yang terbesar di West Australia...   Indahnya langit tidak bertiang  Lautan luas terbentang  Fajar dan senja silih berganti  Semuanya tunduk ...