Padamu ku Bersujud
BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILAH SEGALA PUJI BAGI ALLAH yang mmberikan kami kesempatan untuk Solat Jumaat di Masjid Ibrahim berdekatan Gosnells, Perth Australia..Nikmat yang terindah yang Allah berikan kepada kami.... mengingatkan kami kepada kekasih kita semua...
Masyhurmu dalam tersembunyi ,
Hinggakan para malaikat mengagumi ,
Itulah RASULLULLAH SAW...
Peristiwa Rasulullah SAW bangkit dan berusaha untuk pergi menunaikan solat berjemaah, namun kemudiannya pengsan berulang sebanyak tiga kali. Pada kali keempat, apabila Baginda menyedari bahawa diri amat tenat, Baginda mengarahkan Sayidina Abu Bakar untuk mengimamkan solat berjemaah....
Nukilan peristiwa ini amat meruntun hati para pencinta Rasulullah SAW. Ketabahan dan kesungguhan Nabi untuk bangkit menyempurnakan misi solat berjemaah amat dikagumi. Bayangkan ketika sedang berjuang melawan kesakitan, rasa lemah, sedar dan pengsan silih berganti, Baginda tetap berusaha menjadi seperti orang sihat untuk menyempurnakan solat berjemaah di hadapan Allah SWT. Peristiwa ini menjadi ketukan di pintu hati umat Islam agar berikrar menjaga solat secara berjemaah...
Sirah Rasulullah SAW merupakan teladan sepanjang zaman buat umatnya. Apatah lagi jika peristiwa sirah itu berlaku berulang-ulang, maka sudah tentu ia menjadi suatu 'penegasan' agar dihayati dengan bersungguh-sungguh. Sekadar bermuhasabah, hari ini berapa ramai orang sihat tubuh badannya bangkit untuk menunaikan solat berjemaah tatkala azan berkumandang? Adakah kita ini termasuk dalam kalangan mereka? Renung-renungkanlah...
Kehebatan solat berjemaah ini hanya dapat dirasai secara alami oleh sesiapa yang melaksanakannya. Ibarat hidangan makanan, ia hanya dapat dinikmati kelazatannya apabila kita menjamahnya. Sehingga ke hari ini, tiada siapa yang mampu menafikan kesan positifnya. Malah, penemuan semasa menguatkan lagi testimoni hebatnya amalan solat berjemaah.
peraturan larangan apabila masuk dalam Masjid.. ALHAMDULILAH
PADAMU KU BERSUJUD
Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah
Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud...
Ustaz Saiful Islam di hadapan Masjid Ibrahim di Perth Australia..
Semuanya bagaikan syurga dunia yang ku ibaratkan buat menggambarkan segala keindahan yang tersedia, kenangan manis yang tercipta, ukhuwwah yang terjalin mesra, melahirkan setulus sifat keagungan seorang hamba buat Maha Pencipta .
Comments
Post a Comment