Lawatan Ke Australia Islamic College

BismillahhiRahmanirRahim..

ALHAMDULILAH saat kami di sini, kami mengambil kesempatan berpeluang menziarahi AIC ( Australia Islamic College) terdapat 3 cawangan di West Australia.. ALHAMDULILAH Islam tetap subur di sini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan...Ini merupakan satu pengalaman berharga buat diri kami sepanjang musafir di jalan Allah ini...walaupun kami jauh dari negara kami Malaysia, tetapi kami rasa bahagia dan tenang, kerana ISLAM berkembang dengan pesat, selari dengan pendidikan Islamik di sini. 


'' Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian''.

( Hadis Diriwayatkan oleh Bukhari)

 Ustaz Saiful bergambar di hadapan Australian Islamic College..

 Iklan kemasukan ke Australian Islamic College..

 Ustaz Wan Ilyas bergambar di Australian Islamic College..






Memberikan peluang kepada hamba Mu ini, mengecap nikmat yang sementara, sebagai tamsilan buat nikmat yang sebenarnya, yang pasti lebih dan tidak terhingga. Menanti buat mereka yang yakin dan percaya. Kata Mu pasti terkota, di Syurga sana.



Firman Allah S.W.T :  



UDU'U ILA SABILIRABBIKA BIL HIKMATI WALMAUI'ZATIL HASANATI ( ILA AAKHIRIL AYAH ) 

Bermaksud : Serulah ke Jalan Tuhanmu dengan ber'hikmah' dan dengan nasihat yang baik .....



Tetapkanlah niat yang ikhlas kerana Allah untuk memulakan perjalanan agar segala amalan kita diterima dan diredhai Allah..


Sesungguhnya benarlah bahawa bermusafir mampu mengajar manusia erti sebuah kehidupan.. Dan Islam hanya 1 jalan kehidupan terbaik...



Comments

Popular posts from this blog

FA'TABIRUU YA ULIL ALBAAB

Jemputn Iftar bersama dengan komuniti sekolah di (Langford Islamic College)...

Salam Rindu ku Kasih...