Posts

Showing posts from May, 2017

Hidup ini adalah Ujian..

Image
BismillahhiRahmanirRahim Ujian buat menguji ketaqwaan hamba bergelar insan, ujian para hambaNya yang jika mereka mensyukuri nikmat Tuhannya nescaya akan ditambah dan digandakan lagi kenikmatan itu .Tapi awas! Sesungguhnya azab Tuhanmu amat pedih buat yang mengkufurinya . Itu ancaman tegas dariNya yang Esa . Kita yang menentukan arah kita , samada belayar ke kanan atau ke kiri membawa haluan diri . Jangan kau sesali kelak arah dan jalan yang kau pilih untuk di lalui......... kerana hakikat kehidupan ini adalah ujian semata............. buat kita semua.. WAMA KHALAQTULJINNA WALINSA ILLA LIYA’BUDUNI  ( SURAH AD-DZARIYAT ) Bermaksud :  TIDAKLAH AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN BERTUJUAN UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA AKU ( ALLAH YANG ESA ) Semasa kembara di Chrismas Island, sempat kami memulakan Sesi Rawatan Islam dari Team ThibbNa cabang kepada Al-Islah dalam menangani gangguan makhluk dari Alam lain dan memagar diri serta menghadiri gangguan- gangguan yang ha...

Suatu Muqaddimah yang Barakah

Image
BismillahhiRahmanirRahim FA'TABIRUU YA ULIL ALBAAB  ( Maka ambillah iktibar wahai orang-orang yang berfikir ) Ayat di atas lebih daripada sekali diulang di dalam Al Quran, untuk menunjukkkan betapa penting kita selaku manusia ini menggunakan anugerah Tuhan untuk melihat, berfikir dan kemudian mengambil iktibar berdasarkan kesimpulan yang terhasil selepas proses menganalisa maklumat yang diperolehi oleh kedua pancaindera utama insan ini . Dan barulah dijadikan benteng keimanan kepada diri kita dari melakukan kesilapan dan kesalahan yang sama yang pernah dilakukan oleh kaum-kaum ummat terdahulu. kembara kami diteruskan dengan jelajah kelas khas untuk Muallaf seorang Australia Muslim dan seorang Chinese Muslim bersama Ustaz Nur Yassin dari Indonesia sebagai Imam Jemputan dari Islamic Council of Christmas Island. Pengalaman ini memberikan peluang kepada hamba Mu ini, mengecap nikmat yang sementara, sebagai tamsilan buat nikmat yang sebenarnya, yang pasti lebih dan tidak terhin...

FA'TABIRUU YA ULIL ALBAAB

Image
BismillahhiRahmanirRahim FASIIRUU FILARDHI FANZHURUU KAIFA KANA A'QIBATUL MUKAZZIBIN  Bermaksud : Kamu berjalanlah di muka bumi ini dan lihatlah dengan matamu bagaimana akibat balasan mereka yang mendustakan kalam Allah . Dan dalam firman lainnya :  FA'TABIRUU YA ULIL ALBAAB  ( Maka ambillah iktibar wahai orang-orang yang berfikir ) Dua ayat di atas lebih daripada sekali diulang di dalam Al Quran , untuk menunjukkkan betapa penting kita selaku manusia ini menggunakan anugerah Tuhan untuk melihat , berfikir dan kemudian mengambil iktibar berdasarkan kesimpulan yang terhasil selepas proses menganalisa maklumat yang diperolehi oleh kedua pancaindera utama insan ini . Dan barulah dijadikan benteng keimanan kepada diri kita dari melakukan kesilapan dan kesalahan yang sama yang pernah dilakukan oleh kaum-kaum ummat terdahulu . Kerna itulah kita di sunnahkan bermusafir dan berhijrah secara Jasadi ( fizikal ) maupun A'qli ( mentaliti ) . Bermusafir secara maya adalah suatu p...

Pelapis pejuang dan pembawa Agama di Pulau kecil Australia

Image
BismillahhiRahmanirRahim.. Terasa tautan ukhuwwah yang pada awalnya masih tersimpul rapi kemudian perlahan-lahan terurai lalu terjalinlah ikatan ukhuwwah islamiyyah di antara penduduk di Pulau Kecil ini.  Moga menjadi suatu muqaddimah yang barakah buat perjalanan kami  yang masih panjang ...  Pada Pagi itu, telah diadakan Majlis tamat Mengaji sebelum tibanya Ramadhan Al Mubarak penduduk kampung bersama Islanders boys n girls di bawah Ustazah Uji..... Allahulmustaaan...Bakal pelapis pejuang n pembawa Agama di Pulau kecil Australia ini... Alhamdulillah...Majlis berjalan dengan begitu lancar, terpancar kebahagian muka anak2 kecil pada pagi yg penuh barokah itu. Sesi b ergotong royong telah diadakan bagi memastikan majlis berjalan lancar... Muka anak2 melayu yg sedang bergembira .. ALLAH  YA AYYUHAN NASU INNA KHALAQNAKUM MIN ZAKARINW WAUNTSA WAJAA'ALNAKUM SYUU'BANW WAQABAILA LI TAA'RAFUU , INNAAKRAMAKUM I'NDALLAHI ATQAKUM , INNALLAHA A'LIMUN...

Lawatan kembara ke National Park Of Christmas Island

Image
BismillahhiRahmanirRahim Lawatan Kembara kami diteruskan dengan kembara ke National Park Of Chrismas Island yang diketuai oleh Ustaz Saiful Islam dan ditemani Ustaz Wan Ilyas. Sesungguhnya kembara ini memberikan seribu rahmat kepada kami. Sampai kami di sini , kami diiringi oleh Anak Pulau yang digelar Islanders yang paling tua di Chrismas Island iaitu Haji Padal. Beliau membawa kami melihat pemandangan serta suasana kampung Melayu di sekitar Pantai Pulau Chrismas. Beliau merupakan Anak Pulau yang paling tua di sini, merupakan anak kelahiran Pulau ini. Beliau mempunyai banyak Ilmu Amal dan sangat berpengalaman, seorang yang peramah dan rajin membantu masjid- masjid, bergotong royong di masjid. Alhamdulilah beliau merupakan anak jati kebanggaan Pulau Chrismas dan juga dikenali sebagai pendekar kerana rajin mengajar ilmu silat kepada anak- anak pulau Chrismas ini. Bagaikan semalam angin bayu laut di Pulau Chrismas menyapa tenang. mengetuk perlahan tingkap memori sambil menyingkap j...

Tautan Rindu Mahabbah kerana ALLAH

Image
BismillahhiRahmanirRahim Sepanjang kembara di Australia..  Pertama Kali ini, ana ingin bercakap tentang rehat.. Rehat bagi aktivis dakwah..Ingin membawakan satu parable  tentang rehat; perjalanan panjang di Bumi Australia membuatkan diri ini tidak berputus asa walaupun keletihan, kerana tidak ade istilah letih bagi kami. Kami sentiasa bersemangat untuk menjelajahi di bumi Australia ini, Alhamdulilah ALLAH menemukan kami dengan sahabat yang baik. Setelah sampai kami singgah makan di Halal Cafe di mana yang mengusahakannya adelah  org Melayu Islam Cik Zahrah sama suaminya..Kami singgah rehat untuk mengalas perut yang sedang lapar. Tujuannya  bukanlah kami tidak ingin meneruskan perjalanan, bahkan kerna ingin mengumpul kekuatan bagi diri, dan mengisi fuel banyak2 bagi diri kami. Juga, untuk check balik peta perjalanan; adakah kami benar2 mengikut peta perjalanan, atau telah tersasar dari arah tuju yang sebenar.Begitulah makna rehat bagi seorang aktivis dakwah...

Ukhuwah Tercipta di Bumi Australia

Image
BismillahhiRahmanirRahim Assalaamualaikum.. Salam mulia bukaan bicara, Manis tutur sopan pekerti; Indah sungguh budi bahasa, Sebaris kata bersih ruhani. Alhamdulillah kembara di Bumi AUSTRALIA Ustaz saiful Islam dan ustaz Wan Ilyas bersama President Islamic Council of Christmas Island Australia ,Brother Isa..... Rasulullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda  إِنَّ اللهَ يُحِبُ أَنْ يُرَى أَثَرُ نِعْمَتِهِ عَلىَ عَبْدِهِ .Sesungguhnya Allah suka melihat (tampaknya) bekas nikmat (yang dilimpahkan-Nya) kepada hamba-Nya [H. R. At-Tirmidzi & Al Hakim] Allah Azza wa Jalla suka melihat terlihatnya bekas nikmat yang dilimpahkan-Nya kepada hamba-Nya, karena ini termasuk keindahan yang dicintai-Nya, dan ini juga termasuk bentuk syukur kepada-Nya. Bersyukur adalah bentuk keindahan batin. Karena itu, Allah Azza wa Jalla suka melihat keindahan lahir yang berupa tampaknya bekas nikmat-Nya pada diri hamba-Nya. ALLAHURABBI  😊

Kembara Ruqyah Ramadhan Di Bumi AUSTRALIA

Image
BismillahhiRahmanirRahim Assalammualaikum.. Salam kemaafan, kerana lewat meng'update' khabar dari Bumi Australia atas beberapa masyaqqah di malaysia dan beberapa urusan keluarga yang perlu ditunaikan . Alhamdulilllah Program kembara Ruqyah di bumi Australia (Chrismas Island- Cocos Island -Perth) yang dijalankan pada 20 Mei 2017- 19 Jun 2017 dianjurkan oleh Persada Islah bersama Thibbna( Thibbun Nabawi) , meneruskan misi penyebaran dakwah ke Pulau Chrismas Island di Australia. Misi kali ini diwakili oleh Pengerusi Persada Al-Islah , Ustaz Saiful Islam bersama wakil  Thibbna( Thibbun Nabawi)     Ustaz Wan Ilyas.     “KEMBARA RUKYAH RAMADHAN’’ ini dirancang bagi membina satu jaringan ukhuwah dan mengukuhkan lagi kerjasama di melayu-islam Australia untuk memudahkan pergerakan program-program di Australia kelak.    Memperkenalkan konsep perubatan Islam dan juga terawih ramadhan adalah untuk menyebarkan dakwah islam mengikut era globalisasi. ...